
Hey dear girlz and dear boyz :)) Wow Wow (!) HAHA (!) Dah Lame tak merepek dan meroyan dekat blog nyhh kan ? HAHA (!) Dah bersarang blog eden nyhh ha . OKE (!) Today nk share sikit about " MENGENALI LELAKI "
1) LELAKI MAHU JADI YANG TERBAIK
- Setiap lelaki mahu bergelar jejaka paling hebat . The biggest and the best :)) Impian setiap lelaki adalah menjadi terbaik . Mereka mahu memiliki kualiti tertentu bagi memenuhi keinginan wanita . Walaupun lelaki itu berkuasa dan berpengaruh , jauh di dalam dirinya wujud ketakutan dan rasa rendah diri . Dia mahukan dirinya dikenali dan dihargai serta diperlukan . Bagi membuang perasaan ini , lelaki dewasa perlu bertanding dengan lelaki-lelaki lain . Melainkan mendapat terapi ataupun belajar daripada role-model yang baik , kebanyakan lelaki meyembunyikan perasaan dan emosi dengan bertopengkan kemarahan . Bukan mudah menjadi yg terbaik .
2) LELAKI MENGELAK KONFRONTASI
- Kajian menunjukkan lelaki tidak suka mengutarakan isu dan masalah dihadapi . Sebaliknya wanita yang suka begitu . Mengapa ? Supaya tidak perlu mengambil tindakan mengendalikan emosi mereka . Selalunya llelaki lebih suka menghiraukan masalah yang melanda , mengharapkan ia hilang begitu sahaja ataupun selesai dengan sendirinya . Jadi , apabila lelaki perlu berhadapan dengan masalah , tidak hairan mereka cuba menyelesaikan secepat mungkin .
3) LELAKI TIDAK SELALUNYA TAKUTKAN KOMITMEN
- Kebanyakan wanita mengaggap lelaki takutkan komitmen . Berani saya katakan yang tanggapan itu adalah salah . Lalaki tidak takutkan komitmen sebaliknya lelaki takut wanita didampingi mungkin bukan wanita yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya . Lelaki juga tidak mahu apabila itu terjadi , mereka melukakan hati wanita dan menghancurkan impian mereka .
Memang sukar bagi lelaki membabitkan diri secara serius dalam sesuatu perhubungan . Tetapi apabila mereka yakin wanita itu sesuai , mereka akan memberi sepenuh hati , jiwa , dan raga mereka . Jadi wanita , apabila teman lelaki anda kelihatan seolah-olah takutkan komitmen , dia sebenarnya belum pasti sama ada anda adalah sesuai untuknya atau tidak dan dia tidak mahu melukakann hati anda . Apa yang perlu anda lakukan adalah bersabar dan berikan ruang dia mengenali anda dengan lebih rapat atau dekat .
4) LELAKI BENCI DIKRITIK
- Sebagai lelaki , mereka tidak mahu dan tidak suka diri mereka tidak diterima (reject) . Mereka lebih tidak menyukai apabila dikritik . Kritikan menyebabkan lelaki rasa serba kekurangan dalam dirinya . Sebaliknya wanita menganggap kritikan adalah positif dan membina . Jadi apabila mendengar ayat seperti , " Mengapa awak tidak telefon saya ? " ataupun " Mengapa pakaian awak tidak terurus ? " , dia rasa tercabar dan perselisihan faham akan terjadi . Dia mungkin tidak tahu mengapa dan apa sebabnya , tetapi padanya mungkin dia :
a) Terlupa ( dan selalunya kerana ego membuatkan dia tidak mengaku )
b) Tidak mahu ataupun sengaja tidak ambil peduli ( sayangnya ada juga lelaki begini , memalukan ! ) Jadi mungkin disebabkan dia malu kerana 'ditangkap' melakukan kesalahan atau kesilapan , jadi untuk melepaskan dirinya , dia akn bertindak dengan serangan kata-kata ataupun dia akan rasa marah dan hampa .
5) LELAKI TIDAK SUKA DIUBAH
- Cukup seorang ibu , lelaki tidak memerlukan pasangan atau teman mereka meng'ibu'kan mereka . Apa yang saya maksudkan meng'ibu'kan lelaki adalah seperti menyuruh mengubah cara berpakaian , mengubah gaya rambut dan sebagainya . Pada peringkat awal , cadangan anda mungkin diterima dan dilakukan kerana lelaki cuba menurut permintaan anda kerana mahu mencuba sesuatu yang baru atau sekadar menjaga hati anda .
Lama-kelamaan , apabila anda seolah-olah mahu mengubah segala-galanya berkenaan lelaki , dia akan rasakan dirinya dibandingkan dengan orang lain . Sebagai wanita , anda juga tidak suka apabila teman atau pasangan anda cuba mengubah segala-galanya mengenai diri anda , bukan ? Sekiranya anda tidak menyukainya , begitulah juga dengan lelaki .
6) LELAKI TIDAK SUKA WANITA TOKSIK
- Wanita yang bagaimana yang tidak menarik perhatian lelaki ? Dalam kajian yang saya jalankan (cewah !) , berikut ciri-ciri wanita toksik :
a) Banyak Mulut / Mulut Murai . Kebanyakan lelaki tidak gemar wanita yang banyak mulut , bercakap tidak kena masa walaupun tiada topik sesuai mahu dicakapkan . Lelaki menganggap kelakuan begini menyakitkan hati mereka .
b) Tajam Lidah ( Mulut Laser ) . Lelaki juga tidak menyukai wanita yang tidak tahu berkata-kata perkara yang baik sebaliknya selalu mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan .
c) Mulut Tempayan . Lelaki paling benci wanita yang tidak pandai menyimpan rahsia . Tidak dinafikan wujudnya wanita spesis ini . ( terasa aku nyah )
d) Drama QUEEN . Wanita yang gemar berdrama . Memperbesar-besarkan perkara kecil ataupun lebih sesuai dikategorikan sebagai mengada-ngada . ( wow wow ! melampau lettu kan )
# Perempuan toksik ? pandai2 jea dikategorikan perempuan sebagai perempuan toksik ! Kalau lelaki berperangai terok , mahu salahkan perempuan jugak ? Grr ! menyakitkan hati jgak tapi saje2 nk share . If tersalah cakap SORRY (!) BTW , LADIES FIRST (!)
Saya yang merapu ,
Dahlan's Daughter
18/07
No comments:
Post a Comment