Hellow my fellow fwenz and beloved reader :)) Have a nice day :)) TODAY (!) saia mao berceloteh lagy . BOLEH ? Entri kali nyhh agak panjang laa sebab ade kuiz sekali . Hope korang happy lepaz bace entri saia yg merepek meraban nyhh ha . TAJUK entri saia kali nyhh ' Adakah Kamu Wanita Yang Lasak ? ' Menurut kajian di Jerman , memang ada perempuan yang dilahirkan dengan kekuatan minda seperti lelaki . Kelompok ini menurut Pakar Genetik Jerman , Dr. Gunther Dorner , adalah perempuan yang lebih lasak dan tahan diuji . Mereka ini lah yang jenis ' KERING HATI ' , tidak mudah tersentuh , sukar menitiskan air mata dan amat kebal perasaannya . Malah menurut Dr. Gunther Dorner , sifat begini apabila dihalakan kepada cara hidup yang positif mampu membawa kebaikan kepada perempuan . Mereka akan menjadi lebih berkarisma , keras hati serta punya keazaman yang tinggi walaupun ada ketika hatinya dilukai .
Perempuan yang sedikit maskulin ini tidak mudah mengikut mood diri yang turun naik . Namun begitu , ada ketika , apabila tiada dorongan kearah matlamat yang positif , sifat ini menghakis sifat peribadi seorang perempuan . Mungkin mereka menjadi lebih kasar , lebih degil dan hilang ciri-ciri pemalu seorang gadis . Perkara beginilah yang perlu dijauhi supaya pasangan tidak mudah keliru .
Tidak salah memiliki sedikit gaya lasak dan berani untuk mempertahankan diri seorang perempuan asalkan ia tidak memusnahkan peribadi luhur seorang gadis . Namun janganlah sampai ia menjejaskan perhubungan bersama si dia . Apakah kamu perempuan yang berada dalam kelompok itu ? Cuba jawab kuiz ini , ia mungkin mampu memberi sedikit bayangan keperibadian anda .
1) Kamu berda di suatu tempat yang tidak pernah kamu kunjungi . Kamu sesat ketika mencari jalan yang mahu dituju dan peta ada di tangan , kamu ...
(a) Tidak tahu menggunakan peta ! Peta itu langsung tidak membantu sebab tidak faham cara membacanya , Tanya orang lebih baik .
(b) Leceh sungguh guna peta ! Redah saja jalan , ikut gerak hati .
(c) Berasa lega sebab peta banyak membantu memudahkan perjalanan .
2) Kamu sedang menggoreng ikan sambil mendengar lagu di radio . Sedang sibuk menjaga api kuali tiba-tiba telefon berdering . Kamu akan ...
(a) Tarik wayar telefon . Biarkan saja radio terus berbunyi . Sebelah tangan menggoreng ikan dan sebelah lagi menjawab panggilan .
(b) Tutup radio , terus menjawab telefon sambil mata memerhati ikan di kuali .
(c) Beritu tahu teman , kamu sedang sibuk menggoreng ikan dan minta dia menghubungi kamu selepas setengah jam , iaitu selepas kamu selasai masak dan mengemas dapur .
3) Apakah maksud sebuah kehidupan yang sempurna bagi kamu ?
(a) Hidup dalam suasana yang harmoni , sejahtera dan tenang . Diri sentiasa dikelilingi keluarga dan rakan taulan yang sentiasa bersidia membantu kala susah .
(b) Diterima baik oleh masyarakat sekeliling dan mengharapkankan mereka tap menghormati diri ini k perkara yang bersiat peribadi .
(c) Mencapai segala matlamat hidup , berjaya dalam kejayaan ,disegani dan dihormati . Kemampuan daripada aspek material juga sesuatu yang penting dalam hidup .
4) Bahan bacaan pilihan anda ...
(a) Novel dan segala bentuk penulisan kreatif .
(b) Majalah dan akhbar .
(c) Jurnal , bacaan serius dan autobiografi .
5) Apabila berlaku perselisihan pendapat antara kamu dengan seorang rakan , apakah perkara yang mungkin amat menyinggung perasaan kamu ?
(a) Teman itu berdiam diri seribu bahasa . Tidak mahu berterus terang apa yang tersirat di hatinya .
(b) Teman itu tidak mahu menerima ngsung hujah kamu . dapat dia sahaja yang betul !
(c) Oh , dia terlalu celopar Tidak puas-puas mahu bertikam lidah dan saling cabar-mencabar bpir sejam .
6) Kenderaan rakan kamu rosak ditepi jalan . Rakan kamu menghubungi kamu untuk meminta tolong . Apa yang kamu akan lakukan ?
(a) Membiarkan rakan kamu begitu sahaja atau tidak menjawab panggilan rakan kamu .
(b) Terus pergi ke tempat kejadian dan memberikan pertolongan .
(c) Menyuruh rakan kamu meminta tolong dari orang lain atau menyuruhnya menghubungi bengkel membaiki kereta .
7) Selepas pulang menonton wayang at , selalunya kamu akan
(a) Terbayang-bayang segala adegan dan dialog yang hebat . Kamu dengan mudah menghafal dialog itu .
(b) Berasa kagum dan pujian diberikan uruh krew dan pelako filem itu .
(c) Pulang dengan perasaan yang puas kerana wang membeli tiket tidak membazir .
MARKAH
a - 10 markah
b - 5 markah
c- 3 markah
Pencapaian kamu 70 - 65 markah
Kamu orang yang tiada pendirian ! Sekejap cakap begini , sekejap cakap begitu ! Memang tidak pernah tetap hati . Walau ada ketika kamu diminta membuat pilihan antara dua perkara , kamu sanggup berdiri tengah-tengah keadaan . Kamu memang cekap membuat alasan atau berdolak dalih .
Kamu selalunya cuba mencari jalan selamat sedangkan akibatnya kamu tidak dihormati kerana tiada prinsip . Setiap kali kamu membuat satu keputusan atau tindakan njadi seperti separuh masak atau kadang-kadanggara-gaRA kamu terlalu menjaga hati orang .tusan kamu selalunya bagai lalang ditiup angin . Apabila ke barat tiupannya kuat , ke baratlah kamu jatuh . Apabila ke timur kamu ditolak , ke timurlah kamu tersungkur . Kamu perlu belajar mengubah sikap supaya bih dihormati orang sekeliling . Jangan biarkan diri mudah dipengaruhi . Apabila mempunyai pendapat , cadangan ataupun prinsip tertentu , nyatakan denagnjujur dan ikhlas . Usah teragak-agak . Satu lagi perkara yang perlu diingat , kurangkan sikap sambil lewa .
Cara kamu ada masanya disalah tafsirkan orang keliling . Mereka melihat kamu seperti tiada karisma diri . Sebenarnya sikap ini hanya merugikan kerana sikap teragak-agak ikan kamu meraih kejayaan yang lebih hebat .
Malah dalam perhubungan romantik bersama si dia , kamu banyak membuang masa . Sekejap kamu rasa cinta , sekejap kamu rasa tidak pasti dan ada ketika j dia bukan calon yang tepat untuk kamu ! Si dia boleh letih dan bingung melayan kerenah kamu .
Pencapaian kamu 64 - 54 markah
Kamu cool ! Memang cool ! Setiap tindak-tanduk kamu tenang , relaks dan bersahaja . Kamu orang yang bijak membuat perancangan . Kamu orang yang cekap mengatur strategi .tiap kali kamu bertidak penuh denagn timbang-tara , mengukur kekuatan ,kelemahan . Kamu orang yang sentiasa berjaga-jaga . Kamu tahu menyediakan payung sebelum hujan . Kamu tidak akan membiarkan nasi menjadi bubur .
Dalam apa juga keadaan kamu tidak akan tergopoh-gapah . Kamu sentiasa memikirkan risiko pada masa hadapan . Kamu sebenarnya amat disenangi orang keliling . Kamu benci kepada protokol , benda yang remeh-temeh , perkara yangmerumitkan ! Kamu tidak suka pada manusia yang cerewet . Amat bertuah lelaki yang memilih kamu sebagai kekasih hati apa lagi menjadikan kamu calon isteri . Kamu tidak banyak kerenah . Kamu mampu membawa diri . Sememangnya kamu memang seorang yang cool .
Pencapaian kamu 53 markah ataupun kurang
Jangan mara yaa ! Kamu perlu mengurangkan sifat tegas yang tidak kene tempat itu . Kamu juga perlu mengurang sifat cemburu kamu terhadap pasangan kamu . Apabila bertemu janji , kamu tidak suka menunggu . Apabila berjanji , tidak pernah sekali kamu ingkari , jadi kamu mengharapkan orang lain juga begitu dengan kamu . Kamu perempuan berhati besi .
Tetapi kamu mempunyai hati yang baik . Kamu menunjukkan kebaikan kamu itu disebalik ketegasan kamu . Kamu mahu orang menghormati dan membangga kan kamu . Kamu juga orang yang tiada pendirian . Sekejap kata begini , sekejap kata begitu !
Cuba berubah dan perbaiki siakp kamu kepada yang lebih baik supaya kamu disenangi orang keliling .
HUH (!) Selamat berjaya . Terima kasih sebab sudi membaca . Jasa anda akan dikenang .
Yang Benar ,
DahLaN's DaUgHtEr